Matted Hair Berbahaya kepada Kucing Anda
Apabila bulu kucing tidak dijaga rapi, ia boleh bergumpal. Bulu yang
bergumpal sukar dirapikan oleh kucing secara sendirian terutama bagi
baka bulu panjang walaupun kucing memang akan menghabiskan 80% dari masa
berjaga untuk menjilat bulunya.
KENAPAKAH BULU BERGUMPAL BAHAYA UNTUK KUCING???
1.Bulu yang bergumpal memerangkap lembapan, serangga, kutu(ticks),
sengkenit, tungau, pinjal(fleas) dan bakteria. Kulit boleh mendapat
jangkitan sekiranya terlalu lama bulu bergumpal serta kurang mendapat
pengudaraan dan cahaya matahari yang bagus untuk kulit kucing.
2. Apabila bulu di kawasan tepi dan pangkal telinga bergumpal, tekanan
dan beban berat bulu tersebut boleh merosakkan salur darah halus di
telinga kerana telinga tidak dapat menampung berat bulu yang bertambah.
Ini boleh menyebabkan salur darah telinga pecah dan cedera. Bulu
bergumpal juga mendatangkan kegatalan yang melampau terutama jika
dijangkiti kutu , pinjal dan tungau, kucing yang menggaru telinga secara
extreme akan menggoyangkan kepala , ini juga boleh menjadi punca aural
haematoma( salur darah telinga pecah).Aural haematoma menyebabkan kucing
berasa amat sakit dan mungkin menjadi agresif serta tiada selera makan.
3.Apabila bulu bergumpal, bulu akan melekat dengan kuat pada kulit.
Anda mungkin mencederakan kucing dan melukakannya sekiranya anda tidak
mahir untuk merapikan bulu tersebut, maka disarankan anda mendapatkan
khidmat groomer/pendandan profesional/berkemahiran.
4. Bulu yang
bergumpal juga boleh menyebabkan kucing menjadi agresif walaupun anda
cuma mengusapnya disebabkan bulu yang melekat tersebut mungkin berasa
sakit apabila tertarik ketika diusap.
5.Bulu bergumpal akan
dijilat oleh kucing anda, bulu yang gugur akan ditelan sekali oleh
kucing. Sekiranya terlalu banyak bulu yang ditelan, kucing anda boleh
menghidap sembelit(susah buang air besar/najis keras).
Oleh
itu untuk mengurangkan masalah matted hair ini, anda disarankan menyikat
bulu kucing (baka bulu panjang) sekurang-kurangnya sehari sekali.
Latihlah dari umur kitten supaya kucing anda kurang stress apabila
dibawa untuk grooming. Selain daripada melatih kucing untuk sukakan
aktiviti menyikat tersebut,ia juga demi kesihatan kucing anda. Sikat
yang sesuai digunakan di rumah adalah metal comb dan slicker brush.
Grooming dengan groomer/pendandan profesional boleh dibuat sebulan
sekali.
![]() |
Metal comb |
![]() |
Slicker brush |
Salam sayang, dari Dr Cat's Care
Like our FB: Dr Cat's Care
Terimakasih infonya nih, coba kalian cari tahu juga nih Fungsi dan Arti Rekening Koran
ReplyDelete