Showing posts with label Kitten. Show all posts
Showing posts with label Kitten. Show all posts

Friday, 18 November 2016

Selamat Bercuti @ Tips untuk menghantar kucing ke Pet Hotel



Cuti sekolah tidak lama lagi! Bagi kanak-kanak sekolah, inilah yang ditunggu-tunggu...balik kampung, berjalan-jalan, melancong bersama keluarga.

Tapi bagaimana dengan si bulus? Sekiranya eprjalanan sekadar 1 atau 2 hari mungkin boleh ditinggalkan di rumah, bagaimana jika perjalanan percutian menjadi 1 hingga 2 minggu? Maka anda memerlukan "penjaga" atau "cat sitter" bagi memastikan si comel diberi makan, dijaga dibersihkan dan dibawa ke klinik sekiranya tidak sihat sepanjang ketiadaan anda.

Ikuti tips ini, ia mungkin membantu anda!


1. Mencari pet hotel yang sesuai

Sila semak

Keadaan sangkar/cage - pastikan cukup luas untuk kucing berdiri, berjalan  dengan normal, boleh memuatkan mangkuk makanan, bekas pasir ( litter box) dan bersih.

Kakitangan pet hotel - pastikan mereka mesra, mudah tersenyum dan melayan anda serta kucing anda dengan baik.

Jarak - periksa adakah pet hotel tersebut ajauh atau dekat dengan rumah anda, adakah mudha untuk anda menghantar dan mengambil kucing anda? ada juga pemilik yang sanggup menghantar ke pet hotel yang jauh asalkan mereka berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Kos - adakah kos sesuai dengan budget anda?

Makanan - dapatkan info apakah jenis makanan yang diberi dan adakah etrmasuk dalam kos penjagaan. Kebanyakan pet hotel tiada masalah sekiranya anda ingin membawa makanan anda sendiri.

Perubatan - dapatkan maklumat mengenai kos ubatan sekiranya kucing anda tidak sihat semasa ketiadaan anda.

Testimoni - dapatkan komen dan pandangan dari pelanggan lain/sahabat yang pernah menghantar kucing ke tempat yang sama.

Masa perniagaan - dapatkan maklumat buka dan tutup sesuatu pet hotel supaya anda boleh merancang perjalanan anda.

Servis lain - tanya kepad apet hotel kerana mereka mungkin ada servis memandikan kucing/grooming, anda boleh meminta untuk mereka melakukan khidmat memandikan kcuing and asebelum anda mengambilnya semula.

2.Pastikan kucing anda divaksinasi
Kebanyakan pet hotel tidak membenarkan kucing yang tidak divaksin untuk boarding di pet hotel ( boleh berbincang dengan staff pet hotel seawal yang boleh). Pastikan juga rawatan nyahcacing dan nyah kutu telah dikemas kini.

Contoh kad vaksinasi

3. Tempah awal!

Orang lain juga akan menghantar kucing kerana mereka juga  bercuti! Pet hotel yang bereputasi baik serta mesra biasanya cepat penuh, terutama di musim perayaan ..jadi sila tempah awal!

4. Siap sedia kucing anda untuk elakkan stress 
 
Pengangkutan - bagi kucing yang mudah stress, ada yang sangat stress apabila dimasukkan dalam carrier atau cage, biasakan kucing dengan carrier dengan meletakkan carrier berhampiran mereka dgn pintu terbuka, bagi kucing membuat eksplorasi keluar dan masuk dalam carrier/cage tersebut. Boleh juga letak mainan atau kain kegemaran kucing di dalam carrier untuk menenangkan mereka.

Cuba dahulu - sekiranya anda perlu pergi dalam tempoh yang lama ( 2 minggu ke 1 bulan), seelok-eloknya cuba hantar kucing selama 1-2 hari bagi membiasakan diri dengan pet hotel tersebut.

Stress dengan kereta - biasakan kucing dengan kereta, mungkin boleh membuat beberapa perjalanan singkat sekadar memberi kucing membiasakan diri, atau bawa kucing grooming dan mandis ekali sekala di pet hotel/ pet grooming berdekatan.

Collar & tag - anda digalakkan memberi kucing memakai kolar pengenalan. Sekiranya a\dapat menngunakan microchip ID, itu adalah lebih baik.

5. Nikmati!
Nikmati percutian anda kerana anda mengetahui kucing anda di tangan yang baik!

 :)

Monday, 7 November 2016

Memotong kuku kucing

 
Bunyi seperti ringkas, tetapi tahukah anda, ia agak rumit dan sekiranya tersilap boleh menyebabkan kucing anda cedera? kucing yang mengalami pengalaman buruk semasa memotong kuku berkemungkinan besar tidak akan memberikan kerjasama lagi pada sesi pemotongan kuku seterusnya, malah ada yang akan bertindak agresif.

TUJUAN PEMOTONGAN KUKU

Sememangnya kuku kucing  adalah tajam untuk memburu makanan, memanjat dan menggaru kayu/pokok. Bagaimanapun oleh kerana kebanyakan pemilik memelihara kucing di dalam rumah, kuku yang panjang dan tajam boleh mengakibatkan kerosakan pada perabot, karpet, sofa dan barangan rumah yang lain. Kuku yang tajam juga menyakitkan pemilik atau kanak-kanak sekiranya kucing mencakar samada kerana asyik bergurau atau kerana kucing marah bila diusik.

Seelok-eloknya sesi memotong kuku ini diperkenalkan sejak kucing masih peringkat kitten untuk membiasakan dirinya. Lakukan  sesi ini secara santai, beri pujian dan usap kepala kucing apabila tamat sesi dengan jayanya. Kucing yang manja dan rapat dengan tuannya biasanya akan memberikan kerjasama semasa sesi pemotongan kuku.Lakukan di tempat yang sunyi atau tenang, tiada gangguan bunyi bising , televisyen, radio atau kanak-kanak bagi mengelakkan kucing berasa stress.


Antara pemotong kuku yang terdapat di pasaran
JANGAN PAKSA

Ia boleh dilakukan secara berseorangan sekiranya kucing anda sangat jinak dan mempercayai anda. Boleh juga dilakukan selepas kucing kenyang, semasa ia mengantuk dan pada masa ini kucing tidak bersifat agresif.  Riba kucing anda dan tarik kaki hadapan dengan lembut ( jangan paksa kucing). Jangan terpotong bahagian quick (iaitu bahagian berwarna merah jambu pada kuku ), quick mengandungi salur darah dan akan menyebabkan luka jika terpotong. Tidak mengapa sekiranya anda tidak dapat memotong semua kuku dalam 1 sesi, and aboleh membuat beberapa sesi sehingga semua kuku dipotong.

Perbandingan quick pada kucing dan manusia


Disarankan sesi pemotongan kuku ini dibuat selang 3-4 minggu.  Sekiranya kucing anda agresif atau anda bimbang untuk memotongnya sendiri, maka sila bawa ke petshop atau klinik veterinar berdekatan untuk khidmat ini.



Diagram pemotongan kuku kucing
Guilotine type nail cutter/clipper



Cuma seorang diperlukan bagi memotong kuku kucing yang memberikan kerjasama yang baik
Kucing yang tidak terlalu agresif boleh dipotong kuku secara berdua (2 persons), seornag memegang kucing dan seorang lagi memotongnya

Kucing yang agresif mungkin perlu dibalut dengan tuala bagi menenangkannya.




Wednesday, 12 October 2016

Comelnya...

Anak kucing ini lahir bersama 3 ekor lagi tetapi sayangnya, yang lain semua mati...tinggal lah dia seekor je...sedih kan..tapi Dr Cat yakin, ibu dia sangat sayangkan dia..mudah ibu dia nak jaga..anak seekor je...

sekarang dah 8 bulan kot umur nya :) Dr Cat cuma ada few pics masa dia kecil...



Masa ni ibu dia juga ada jangkitan telinga dan taik telinga keras...telah dirawat alhamdulillah