Saturday, 15 October 2016

Apa itu lion cut?







"Lion cut" merupakan istilah di kalangan groomer kucing atau ahli veterinar yang bermaksud mencukur bulu kucing keseluruhannya , tetapi biasanya meninggalkan bulu di kepala, leher , hujung kaki dan hujung ekor. Setelah dibuat lion cut, kucing akan kelihatan seolah - olah seperti singa mini yang comel :).


KENAPA PERLU LION CUT?

Kebiasaannya lion cut ini dibuat bagi kucing - kucing berbulu panjang yang mengalami masalah bulu bergumpal ( fur matting), keguguran bulu yang teruk hingga melekat di baju owner atau sekitar rumah dan juga masalah kulit. Kutu juga mudah membiak di sekitar bulu yang bergumpal ini kerana suhunya yang lembap dan terlindung dari cahaya jadi pemilik mungkin tidak sedar kucingnya dijangkiti kutu.




Lion cut juga boleh dibuat bagi kucing berbulu pendek yang mengalami masalah bulu gugur tidak sekata atau apabila bulu perlu dicukur supaya resapan ubatan mandian,syampu atau krim dapat disapu dengan sekata hingga ke kulit.






Terdapat juga pemilik yang meminta lion cut bagi mengurangkan masalah ketidakselesaan bagi kucing dan juga mengurangkan risiko heat stroke bagi kucing baka bulu panjang terutama di musim cuaca terlalu panas.




BERAPA TEMPOH MASA BAGI MEMBUAT LION CUT?

Bagi pemilik yang ingin membuat sendiri potongan lion cut ini, mungkin memerlukan masa 2-3 jam bagi seekor kucing serta kemungkinan bulu -bulu bersepah di sekitar rumah(jangan lupa juga risiko dicakar dan digigit..ouch!)!
Bagaimanapun bagi groomer atau individu yang berkemahiran , biasanya cuma mengambil masa 40-60 minit sahaja. Ramai pemilik kucing yang memilih untuk membuat potongan lion cut ini di petshop, pet grooming salon atau klinik-klinik veterinar yang menawarkan perkhidmatan ini.

BERAPA LAMAKAH MASA UNTUK BULU KUCING TUMBUH SEMULA?

Bagi kucing bulu pendek dan separa panjang, kebiasaanya mengambil masa 1 bulan lebih, manakala bagi kucing bulu panjang mengambil masa 2-3 bulan untuk pertumbuhan bulu kembali ke panjang asalnya.

 
Sekian, salam sayang dari Dr Cat's Care.

No comments:

Post a Comment