Tuesday 11 October 2016

Matted Hair/Bulu Sangkut/Bulu Bergumpal


Matted Hair Berbahaya kepada Kucing Anda

Apabila bulu kucing tidak dijaga rapi, ia boleh bergumpal. Bulu yang bergumpal sukar dirapikan oleh kucing secara sendirian terutama bagi baka bulu panjang walaupun kucing memang akan menghabiskan 80% dari masa berjaga untuk menjilat bulunya.

 
KENAPAKAH BULU BERGUMPAL BAHAYA UNTUK KUCING???

1.Bulu yang bergumpal memerangkap lembapan, serangga, kutu(ticks), sengkenit, tungau, pinjal(fleas) dan bakteria. Kulit boleh mendapat jangkitan sekiranya terlalu lama bulu bergumpal serta kurang mendapat pengudaraan dan cahaya matahari yang bagus untuk kulit kucing. 

2. Apabila bulu di kawasan tepi dan pangkal telinga bergumpal, tekanan dan beban berat bulu tersebut boleh merosakkan salur darah halus di telinga kerana telinga tidak dapat menampung berat bulu yang bertambah. Ini boleh menyebabkan salur darah telinga pecah dan cedera. Bulu bergumpal juga mendatangkan kegatalan yang melampau terutama jika dijangkiti kutu , pinjal dan tungau, kucing yang menggaru telinga secara extreme akan menggoyangkan kepala , ini juga boleh menjadi punca aural haematoma( salur darah telinga pecah).Aural haematoma menyebabkan kucing berasa amat sakit dan mungkin menjadi agresif serta tiada selera makan.

3.Apabila bulu bergumpal, bulu akan melekat dengan kuat pada kulit. Anda mungkin mencederakan kucing dan melukakannya sekiranya anda tidak mahir untuk merapikan bulu tersebut, maka disarankan anda mendapatkan khidmat groomer/pendandan profesional/berkemahiran. 

4. Bulu yang bergumpal juga boleh menyebabkan kucing menjadi agresif walaupun anda cuma mengusapnya disebabkan bulu yang melekat tersebut mungkin berasa sakit apabila tertarik ketika diusap. 

5.Bulu bergumpal akan dijilat oleh kucing anda, bulu yang gugur akan ditelan sekali oleh kucing. Sekiranya terlalu banyak bulu yang ditelan, kucing anda boleh menghidap sembelit(susah buang air besar/najis keras).

 

Oleh itu untuk mengurangkan masalah matted hair ini, anda disarankan menyikat bulu kucing (baka bulu panjang) sekurang-kurangnya sehari sekali. Latihlah dari umur kitten supaya kucing anda kurang stress apabila dibawa untuk grooming. Selain daripada melatih kucing untuk sukakan aktiviti menyikat tersebut,ia juga demi kesihatan kucing anda. Sikat yang sesuai digunakan di rumah adalah metal comb dan slicker brush. Grooming dengan groomer/pendandan profesional boleh dibuat sebulan sekali.



Metal comb
Slicker brush


Salam sayang, dari Dr Cat's Care
Like our FB: Dr Cat's Care

1 comment: