Thursday 5 February 2015

Memelihara kucing sunnah Rasulullah SAW

Salam sejahtera...agak sibuk minggu ini jadi sy cuma reblog dari website yang saya baca ya....

KEBENARAN ISLAM MENGENAI KUCING SEJAK 1500 TAHUN LALU....

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.




Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.



Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.



Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….

Sumber:hasnulhadiahmad.com

Monday 19 January 2015

Benarkah kucing mempunyai 9 nyawa?

Syukur alhamdulillah, urusan pembukaan telah selesai...baru boleh tumpukan kepada penulisan.Semoga bermanfaat hendaknya amin...

Kita selalu dengar, kucing ada 9 nyawa? Benar atau mitos?

Mitos sebenarnya...kucing macam makhluk Allah yang lain juga...kalau dilanggar kereta ke, jatuh dari tempat tinggi atau dijangkiti penyakit maut, hidup dan matinya tetap sekali sahaja.

Dari mana mitos 9 nyawa  ini berasal?Ada yang berkata asalnya dari mitos dewi kucing di Mesir yang mempunyai 9 nyawa.Apa pun, sebenarnya mitos ini berpandukan kepada kebolehan kucing untuk escape atau survive situasi - situasi di mana selalunya menyebabkan kematian pada haiwan lain.

Kucing merupakan haiwan yang sangat agile , athletic dan mempunyai tubuh yang flexible.Tulang belakang kucing sangat flexible dan ini menyumbang kepada kelenturan tubuh si kucing.Kebolehan ini(termasuk larian yang sangat pantas!) selalu digunakan dalam kejadian-kejadian dikejar musuh ( anjing/haiwan liar), melarikan diri dari kereta ,berlari melintas jalan yang sibuk, atau melompat dari tempat tinggi.Struktur tubuh kucing iaitu dari tulang,otot, telinga dan tapak kaki mempunyai kelebihan dalam proses menyelamatkan diri.Walaupun kucing mempunyai survival skills yang tinggi, mereka masih terdedah kepada kecederaan dan kemalangan.

Salah satu refleks yang sedia ada dalam diri kucing adalah righting reflex.Refleks ini digunakan oleh kucing apabila terjatuh dari tempat tinggi.Selalu kita dengar kucing yang jatuh dari tempat tinggi , survive dari kejatuhan itu.Ini adalah kerana kucing sempat menggunakan righting reflex untuk memastikan ia mendarat dengan  keempat-empat kakinya di mana impak jatuh itu diserap oleh tapak kakinya yang lembut.(Tetapi ini bukan alasan untuk mencampak kucing dari tingkap atau bangunan tinggi!!)


Kucing dikatakan mula mempamerkan reflex ini seawal usia 4 minggu dan akan memahirkan diri dengan reflex ini mencecah usia 7-8 minggu. Video righting reflex juga boleh dilihat di sini: A Cat's Nine Lives .

Sampai bertemu lagi...wasalam. :)

Rujukan:

http://video.nationalgeographic.com/video/cats_domestic_ninelives
http://www.petplace.com/cats/does-your-cat-have-nine-lives/page1.aspx

Temui kami!

No.6 , 1st Floor
Jalan Intan 2/2
Taman Intan,
86000 Kluang, Johor.
emel: drcats.care@gmail.com