Monday 7 November 2016

Memotong kuku kucing

 
Bunyi seperti ringkas, tetapi tahukah anda, ia agak rumit dan sekiranya tersilap boleh menyebabkan kucing anda cedera? kucing yang mengalami pengalaman buruk semasa memotong kuku berkemungkinan besar tidak akan memberikan kerjasama lagi pada sesi pemotongan kuku seterusnya, malah ada yang akan bertindak agresif.

TUJUAN PEMOTONGAN KUKU

Sememangnya kuku kucing  adalah tajam untuk memburu makanan, memanjat dan menggaru kayu/pokok. Bagaimanapun oleh kerana kebanyakan pemilik memelihara kucing di dalam rumah, kuku yang panjang dan tajam boleh mengakibatkan kerosakan pada perabot, karpet, sofa dan barangan rumah yang lain. Kuku yang tajam juga menyakitkan pemilik atau kanak-kanak sekiranya kucing mencakar samada kerana asyik bergurau atau kerana kucing marah bila diusik.

Seelok-eloknya sesi memotong kuku ini diperkenalkan sejak kucing masih peringkat kitten untuk membiasakan dirinya. Lakukan  sesi ini secara santai, beri pujian dan usap kepala kucing apabila tamat sesi dengan jayanya. Kucing yang manja dan rapat dengan tuannya biasanya akan memberikan kerjasama semasa sesi pemotongan kuku.Lakukan di tempat yang sunyi atau tenang, tiada gangguan bunyi bising , televisyen, radio atau kanak-kanak bagi mengelakkan kucing berasa stress.


Antara pemotong kuku yang terdapat di pasaran
JANGAN PAKSA

Ia boleh dilakukan secara berseorangan sekiranya kucing anda sangat jinak dan mempercayai anda. Boleh juga dilakukan selepas kucing kenyang, semasa ia mengantuk dan pada masa ini kucing tidak bersifat agresif.  Riba kucing anda dan tarik kaki hadapan dengan lembut ( jangan paksa kucing). Jangan terpotong bahagian quick (iaitu bahagian berwarna merah jambu pada kuku ), quick mengandungi salur darah dan akan menyebabkan luka jika terpotong. Tidak mengapa sekiranya anda tidak dapat memotong semua kuku dalam 1 sesi, and aboleh membuat beberapa sesi sehingga semua kuku dipotong.

Perbandingan quick pada kucing dan manusia


Disarankan sesi pemotongan kuku ini dibuat selang 3-4 minggu.  Sekiranya kucing anda agresif atau anda bimbang untuk memotongnya sendiri, maka sila bawa ke petshop atau klinik veterinar berdekatan untuk khidmat ini.



Diagram pemotongan kuku kucing
Guilotine type nail cutter/clipper



Cuma seorang diperlukan bagi memotong kuku kucing yang memberikan kerjasama yang baik
Kucing yang tidak terlalu agresif boleh dipotong kuku secara berdua (2 persons), seornag memegang kucing dan seorang lagi memotongnya

Kucing yang agresif mungkin perlu dibalut dengan tuala bagi menenangkannya.




No comments:

Post a Comment