Friday 14 October 2016

Penjagaan Telinga Kucing

Kebanyakan kucing adalah haiwan yang sangat pembersih dan cerewet dalam dandanan & pembersihan diri.Walaupun demikian, terdapat juga kucing yang kadangkala sukar hendak membersihkan telinga sendiri seperti anak - anak kucing yang kehilangan ibu, bulu telinga yang terlalu panjang pada kucing baka bulu panjang dan juga apabila kucing tidak sihat. Sekiranya terdapat banyak tahi telinga kehitaman kelihatan di dalam telinga kucing, maka ia adalah waktu untuk mencuci telinga! 



PENTING SANGAT KE CUCI TELINGA KUCING NI????

Pemeriksaan kebersihan telinga kucing, boleh dilakukan di rumah sekali sekala. Anda juga dapat mengesan lebih awal jika terdapat masalah pada telinga kucing. Antara masalah telinga adalah, kucing terlalu kerap menggaru telinga, kelihatan tidak selesa, kerap menggelengkan kepala, terdapat cecair keluar dari telinga, telinga berbau busuk, atau pangkal telinga kelihatan kemerahan/bengkak. Sekiranya ini dapat dikesan awal, maka berkunjunglah ke klinik veterinar atau pusat dandanan kucing terdekat bagi khidmat nasihat dan pemeriksaan telinga. Masalah yang tampak kecil boleh mendatangkan akibat buruk sekiranya lambat dikesan, antaranya ,telinga bernanah, haematoma telinga(aural haematoma), dan paling teruk, kehilangan pendengaran! Jangkitan telinga juga boleh menyebabkan kucing demam dan hilang selera makan.

JADI, BAGAIMANA SAYA NAK CEGAH MASALAH JANGKITAN TELINGA PADA KUCING SAYA???

Pembersihan/cuci telinga secara berkala, contoh, seminggu sekali, dapat mengelakkan jangkita telinga yang lebih teruk. Sekiranya anda ingin mencuci sendiri, dapatkan putik kapas yang kecil seperti putik kapas bayi dan cecair pencuci telinga yang berkesan ( boleh didapati di kedai haiwan peliharaan/klinik veterinar) .Jangan gunakan alcohol, minyak bayi , cuka dan hydrogen peroxide untuk mencuci telinga, Pastikan juga lebihan cecair telinga tidak berkumpul di dalam telinga. Sekiranya anda tidak pasti, tidak mahir dan bimbang akan mencederakan telinga kucing, bawa kucing anda dan kunjungi sahaja klinik veterinar/pusat dandanan kucing yang berhampiran .

 Like our FB: Dr Cat's Care


No comments:

Post a Comment