Thursday 6 October 2016

8 Tanda Jangkitan Kutu Pada Kucing

LAPAN TANDA KUCING DIJANGKITI KUTU



1. Menggaru dengan kerap dan melampau . Ini adalah kerana kesan gigitan kutu menyebabkan kulit kucing menjadi sangat gatal. Ada sesetengah kucing menggigit kulit sendiri untuk melegakan kegatalan, tetapi ini mungkin mendatangkan kecederaan kepada kulit.

2.Menjilat bulu dengan kerap. Kadang kala, terdapat beberapa kawasan botak di bulu kucing akibat dari jilatan yang kerap. Kebiasaannya alopecia(kehilangan bulu ) ini berlaku di tepi bahu, kaki belakang, belakang badan dan pangkal ekor.

3.Keguguran bulu yang terlalu banyak. Bulu-bulu kucing mudah gugur walaupun anda cuma mengusapnya perlahan!

4.Tidak boleh duduk diam, meringsa dan tidak selesa. Kucing anda mungkin menjadi sangat tidak selesa malah boleh menggeselkan kepala dan badan ke lantai yang kasar atau berlari ke sana sini secara tiba - tiba. Ini semua adalah kerana kucing rasa terganggu dengan rasa gatal akibat digigit oleh kutu.



5.Kulit menjadi kemerahan - merahan atau terdapat kuping seperti kelemumur. Sesetengah kucing menjadi alergik dengan air liur kutu , menjadikan kulit lebih bermasalah. Kulit yang kemerahan ini menggalakkan kucing menggaru lebih kerap, dan seterusnya boleh menyebabkan jangkitan kuman.

6.Pucat, kurus dan keletihan. Tanda -tanda ini menunjukkan kehilangan darah yang serius akibat dari bilangan kutu yang terlalu banyak (ingat, kutu menghisap darah!). Anemia disebabkan oleh kutu ini selalunya berlaku pada anak kucing bawah 4 bulan, kucing tua dan kucing yang sakit.

7. Bintik - bintik hitam /coklat gelap pada kulit kucing terutama di kawasan perut. Ini adalah najis kutu, Cuba anda ambil sebahagian, gunakan kertas tisu putih dan basahkan...anda akan melihat ia bertukar merah, kerana najis kutu terdiri dari darah kucing yang dihadamkan oleh kutu! Yikes!



8. Inilah tanda paling utama! Anda boleh nampak makhluk-makhluk kecil seperti biji beras tetapi sangat halus dan kecil berwarna coklat kehitaman , menyusup laju dan berkeliaran di bulu kucing, kadangkala walaupun seperti tidak kelihatan, ia mungkin menyorok di celah - celah bulu kucing anda! Tempat kegemaran kutu adalah di leher, perut, ketiak dan atas kepala kucing! Kutu juga boleh terdapat di karpet di rumah iaitu dalam peringkat larva, sebelum ia naik ke kucing anda!



Like kami on FB Dr Cat's Care
Pet Hotel/Grooming/Bathing/Cat accesories/Health consultation dan lain lain

1 comment: