LAPAN TANDA KUCING DIJANGKITI KUTU
1. Menggaru dengan kerap
dan melampau . Ini adalah kerana kesan gigitan kutu menyebabkan kulit
kucing menjadi sangat gatal. Ada sesetengah kucing menggigit kulit
sendiri untuk melegakan kegatalan, tetapi ini mungkin mendatangkan
kecederaan kepada kulit.
2.Menjilat bulu dengan kerap. Kadang kala, terdapat beberapa kawasan
botak di bulu kucing akibat dari jilatan yang kerap. Kebiasaannya
alopecia(kehilangan bulu ) ini berlaku di tepi bahu, kaki belakang,
belakang badan dan pangkal ekor.
3.Keguguran bulu yang terlalu banyak. Bulu-bulu kucing mudah gugur walaupun anda cuma mengusapnya perlahan!
4.Tidak boleh duduk diam, meringsa dan tidak selesa. Kucing anda
mungkin menjadi sangat tidak selesa malah boleh menggeselkan kepala dan
badan ke lantai yang kasar atau berlari ke sana sini secara tiba - tiba.
Ini semua adalah kerana kucing rasa terganggu dengan rasa gatal akibat
digigit oleh kutu.
5.Kulit menjadi kemerahan - merahan atau
terdapat kuping seperti kelemumur. Sesetengah kucing menjadi alergik
dengan air liur kutu , menjadikan kulit lebih bermasalah. Kulit yang
kemerahan ini menggalakkan kucing menggaru lebih kerap, dan seterusnya
boleh menyebabkan jangkitan kuman.
6.Pucat, kurus dan keletihan.
Tanda -tanda ini menunjukkan kehilangan darah yang serius akibat dari
bilangan kutu yang terlalu banyak (ingat, kutu menghisap darah!). Anemia
disebabkan oleh kutu ini selalunya berlaku pada anak kucing bawah 4
bulan, kucing tua dan kucing yang sakit.
7. Bintik - bintik
hitam /coklat gelap pada kulit kucing terutama di kawasan perut. Ini
adalah najis kutu, Cuba anda ambil sebahagian, gunakan kertas tisu putih
dan basahkan...anda akan melihat ia bertukar merah, kerana najis kutu
terdiri dari darah kucing yang dihadamkan oleh kutu! Yikes!
8.
Inilah tanda paling utama! Anda boleh nampak makhluk-makhluk kecil
seperti biji beras tetapi sangat halus dan kecil berwarna coklat
kehitaman , menyusup laju dan berkeliaran di bulu kucing, kadangkala
walaupun seperti tidak kelihatan, ia mungkin menyorok di celah - celah
bulu kucing anda! Tempat kegemaran kutu adalah di leher, perut, ketiak
dan atas kepala kucing! Kutu juga boleh terdapat di karpet di rumah
iaitu dalam peringkat larva, sebelum ia naik ke kucing anda!
Like kami on FB Dr Cat's Care
Pet Hotel/Grooming/Bathing/Cat accesories/Health consultation dan lain lain
Artikel ini sangat menarik, ayo ajukan Kartu Kredit Terbaik sekarang juga
ReplyDelete