Wednesday 16 November 2016

Maggot wound @ luka berulat

Luka berulat, memang menggelikan bukan?Malah menyeksakan kucing yang menghidap kejadian ini. Nama lain bagi luka berulat adalah myiasis.

Maggot atau ulat lalat ini memakan tisu daging yang mati dan tisu yang cedera  . Kebiasaannya ia mungkin bermula dengan luka atau koyakan atau kecederaan yang sedikit pada kulit, kemudian tidak dirawat kerana tidak dipantau (tidak perasan). Tambahan pula , ia mudah terjadi sekiranya kucing tersebut telah mempunyai masalah kulit seperti kulit lembab, bulu kusut dan lembap kerana matted hair, najis melekat di bulu di bahagian punggung, luka yang tidak dirawat menjadi kotor, atau masalah jangkitan kuman kepada kulit.  

Lalat tertarik dengan bau daging/luka ini kerana ia berbau seperti daging mentah! Apabila lalat hinggap di kawasan luka yang berbau ini, ia juga akan bertelur. Masa untuk telur lalat ini menetas biasanya dalam 36 hingga 72 jam. Setelah menetas, ia tidak mengambil masa yang lama untuk mengorek dan memakan malah menyebabkan kecederaan yang sangat teruk kepada kucing. 

Terdapat juga kes kematian berlaku terutama pada haiwan jalanan kerana larva ini mengorek sehingga ke organ dalaman seperti mata, otak, perut, paru-paru dan lain-lain organ. Sekiranya larva tidak sampai ke organ dalaman, ia masih boleh mengakibatkan kematian kerana, kucing akan menjadi sangat sakit, demam, lemah,dan akhirnya tidak larat untuk bangun makan atau mencari makan.Kematian yang perlahan ini adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi dan air dalam badan mengakibatkan shock. Kematian juga boleh berlaku akibat dari jangkitan bakteria yang teruk dan gagal dirawat(septicaemia).

Berikut adalah kes yang telah berlaku di luar negara, saya copy gambarnya untuk perkongsian. Sumber gambar dari sini: Diary of A Vet's Life



Seringkali pemilik terlepas pandang jika kucing terluka terutama pada kucing berbulu panjang dan kusut. Lagi pula jika owner tidak membuat rutin penjagaan bulu secara kerap, luka tidak akan dapat dipantau. Luka walaupun kecil, tetapi dalam keadaan kotor, basah atau lembap, akan mengeluarkan bau busuk dan ini menarik perhatian lalat untuk bertelur di situ. Telur lalat menetas menjadi larva(ulat) dan ulat ini mengorek serta memakan daging-daging di kawasan tersebut.

Bulu dicukup untuk membersihkan kotoran dan memudahkan mencuci luka/wound dressing.


Mencukur bulu.


Ulat kelihatan dalam lubang luka



Luka dicuci ( wound dressing ) di klinik haiwan


Sekiranya luka berjaya dibersihkan dalam masa sehari, biasanya boleh dijahit untuk menutupi luka,sekiranya ada nanah yang banyak atau lelehan serum ( air bisa) vet akan memasukkan tubing supaya nanah atau serum boleh mengalir keluar. Sekiranya luka terlalu besar, kemungkinan vet akan merawat secara open wound managment ( tidak dijahit). Dalam kes ini vet juga memberikan rawatan antibiotik mengikut dos.


3 comments:

  1. Dr...suami sy bru jumpa seekor kucing yg mana cuping telinga sebelah kirinya telah tiada dan ulat telah masuk btelur sehingga ke dalam...namun kucing tsebut masih hidup tapi kelihatan pucat....sy cadang nak bw dia ke klinik vet...adakah klinik vet dpt merawat kucing tsebut??

    ReplyDelete
  2. kucing saya ada luka besar d bahagian perut dan ada ulat d situ. bolih kah kucing saya selamatsatelah ulat nya d buang dan bagaimana dengan lubangvyang besar tersebut.

    ReplyDelete
  3. Kos rawatan seperti kucing diatas berapa ya

    ReplyDelete